PENGENALAN PKAUSIM

 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia atau “PKAUSIM”. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menjaga dan mempertingkatkan kepentingan, kebajikan dan penghubung silaturrahim ahli-ahlinya dalam suatu pertubuhan berdaftar. Di samping itu, persatuan ini menjadi satu platform penghubung tara dan kerjasama antara ahli PKAUSIM dengan pengurusan tertinggi USIM malah penubuhan persatuan ini memudahkan lagi kerjasama serta menyelaraskan pelbagai usaha dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau persatuan pegawai akademik IPTA lain. Ia juga menjadi satu medium untuk menyebarluaskan pendapat bermaklumat tentang pelbagai aspek kepentingan akademik melalui penerbitan, seminar, dan sebagainya. Pada 25 November 2009, telah diadakan satu mesyuarat rasmi Jawatankuasa Penaja, Dr. Mohd Radhi Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi Persatuan Kakitangan Akademik USIM. Manakala, pada 10 Mei 2011, PKAUSIM telah mengadakan mesyuarat agung yang pertama untuk memeilih jawatankuasa tetap Majlis Eksekutif PKAUSIM. Presiden untuk Majlis Eksekutif yang telah dilantik adalah Dr. Irwan Mohd Sabri. Maka, laman ini dibentuk untuk memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat diantara ahli PKAUSIM.

Kalendar Aktiviti

Mo Tu We Th Fr Sa Su
1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
Add New Event

Video Pilihan

Aktiviti Terkini

PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK(PKA)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel:  06-7988542
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.